Cool Link's Mesti Clicks!

Showing posts with label Amazing. Show all posts
Showing posts with label Amazing. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Amazing Beb! - Pengecaj Bateri Menggunakan Tenaga Elektromagnetik


Pernahkah terbayang ketika berjalan kaki sambil bersiar-siar di hari minggu tidak kiralah hendak menonton wayang bersama rakan mahupun menemani adik hendak membeli barang keperluan sekolah dengan bateri phone yang sudah tinggal hanya beberapa bar lagi sebelum kong gara-gara panggilan tanpa henti kekasih hati anda?. 

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri seperti kereta mungkin tidak mempunyai masalah kerana umum mengetahui setiap kereta dilengkapi cigarette lighter receptacle yang juga berupaya mengecas bateri telefon bimbit anda. Akan tetapi bagaimana pula nasib pejalan kaki, penumpang kenderaan awam seperti bas dan komuter dan juga penunggang motosikal apabila berhadapan situasi ini?. Tentu parah bukan?.

Friday, November 16, 2012

NSFW! - Aksi Model Wanita Menelan Ular Di Pameran Auto China

Pameran auto di China selalunya akan mendapat liputan yang meluas serata dunia terutamanya di kalangan netizens.

Mengapa? kerana sepanjang pameran dilangsungkan, ianya turut melibatkan penampilan model-model seksi nan jelita yang mampu mencuri perhatian pengunjung mengalahkan barisan-barisan kereta hebat ternama yang dipamerkan dalam autoshow tersebut.

Baru-baru ini di Guiyang Auto Culture Festival, seorang model wanita tempatan separuh bogel beraksi ghairah dengan seekor ular dihadapan kereta yang dipamerkan.

Agak pelik jugak beb, apa motif disebalikan pertunjukan melibatkan model wanita topless yang hendak membuat pertunjukan menelan ular ini. Ada kena mengena kah dengan kereta?.


Thursday, November 8, 2012

Cool Dowh! - Segala Macam Benda Diinspirasikan Dari Gangnam Style


Semenjak mencetuskan fenomena dikalangan netizens Julai lalu, banyak benda telah diinspirasikan dari klip video lagu hip-hop techno K-pop dendangan PSY.


USB Drive Oppa Gangnam (LINK)

Thursday, August 23, 2012

LOL Dowh! - Permainan Yang Kita Main Menggunakan Imaginasi Kita



Shacklesmith : Aku tak consider pun benda ni bodoh bai.. Its just our childhood imagination could run as wild as it should be!

Tuesday, August 21, 2012

Biar Betul Dowh! - Apabila Penjara Dijadikan Tarikan Pelancongan

Thanks to Hollywood negative perception about its southern Spanish speaking neighbors, kita selalu membayangkan negara-negara Latin sebagai tempat keji dipenuhi penyangak, pelacuran, penagih dan pengedar dadah dan sebagainya. Namun begitu, betul sangat ke beb?. Di negara mereka sendiri pun apa kurangnya. Only dumb fools could be deceived by American propaganda and stereotypes!. Apa kejadah musibat punya Yahudi membohongi kita semua yang jahil-jahil belaka ini aduyai. Sekurang-kurangnya negara Latins mempunyai awek-awek seksi bak dewi kayangan  yang menjuarai pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti Miss World dan Miss Universe dan juga mempamerkan tubuh montok mereka di muka depan majalah jantan miang seperti Playboy dan FHM.


Thursday, May 24, 2012

Socialmatic, Kamera Khas Untuk Instagram! - Amazing Gadget Beb!

Bagi pengguna tegar iPhone dan iPad, siapa tak kenal Instagram?. Sebuah aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar menarik yang amat popular lebih-lebih lagi di kalangan kaki ketagih Facebook dan Twitter. Secara peribadinya aku mengetahui akan kewujudan aplikasi pada Oktober lalu menerusi Twitter pelakon Sarah Ali. Bercakap pasal pelakon, korang mesti ingat pasal kes yang menimpa rakan seperjuangan beliau Januari lepas sebab melibatkan penggunaan Instagram jugak beb. Sebulan lalu, gergasi rangkaian sosial terbesar dunia Facebook telah membeli aplikasi ini dengan harga US$1 bilion.


Idea konsep kamera ini dicetuskan oleh seorang pereka warga Itali, Antonio De Rosa. Walaupun buat masa kini kamera ini masih di peringkat konsep, akan tetapi beliau bercadang untuk mengumpul dana bagi merealisasikannya seperti beliau uar-uarkan di laman ini. Apa yang menariknya pasal kamera ini adalah ianya mengembalikan semula nostalgia kamera polaroid yang berkebolehan mencetak terus gambar yang telah diambil. Agak cool jugak kan jika ada kamera Instagram ini?. Boleh snap, edit dan terus print!. 



Sunday, May 20, 2012

Kreatif Beb! - 14 Hasil Ciptaan Percetakan 3D Yang Menakjubkan!

Apa itu 3D Printing?. Perlu aku tekankan bahawa ia tidak sama dengan proses percetakan kertas kerana ia melibatkan objek keras. Senang cerita suatu proses pembuatan 'kraftangan' yang dilakukan 100% oleh mesin. Ianya adalah suatu proses penghasilan objek tiga dimensi daripada fail digital. Kaedah ini dilakukan menerusi apa yang kita panggil sebagai additive processes dimana objek dibina secara berperingkat mengikut lapisan bahan. Kaedah ini juga dianggap berbeza sama sekali dengan teknik pemesinan tradisional kerana sebahagian besar operasinya bergantung kepada penyingkiran bahan melalui proses penggerudian, memotong bahan dan sebagainya.



Klasik Dowh! - Dubai Di Zaman Dahulu Kala Dan Sekarang

Cuba tanya pada diri anda sendiri apa terbayang di dalam kepala apabila ditanya mengenai bandar raya Dubai?. Sudah tentunya gambaran jelas yang sering terlintas di fikiran adalah sebuah bandaraya metropolis megah termoden di rantau timur tengah dan teluk bahkan paling mewah sekali jika dibandingkan dengan kota-kota negara Arab yang lain.


Dilengkapi prasarana tercanggih dan terbaik di dunia disamping memiliki menara pencakar langit seperti Burj Dubai, gedung-gedung membeli belah terbesar dan kemewahan penduduknya yang rata-ratanya antara berpendapatan paling tinggi di dunia.


Boleh dikatakan Dubai adalah taman permainan termasyhur kepada golongan kaya dan juga syurga bagi para expatriate yakni pekerja asing untuk bebas menikmati kehidupan serba mewah tanpa dikenakan sebarang cukai. Apatah lagi negara teluk berkenaan mengeluarkan  bertong-tong minyak beratus kali ganda lebih banyak daripada kita hasilkan sampaikan kita sendiri terpaksa mengimport lagi dari Timur Tengah. Maka tak hairanlah mereka boleh hidup semewah itu.


Lihat sendiri transformasi sebuah pekan gurun usang kepada metropolis termoden rantau teluk  melalui hasil ekonomi yang dijana setitik emas hitam!



Tuesday, May 15, 2012

Amazing Beb! - 10 Gambar Beresolusi Tinggi Awesome Yang Mampu Bikin Anda Ternganga!


1. Earth

NASA’s updated “Blue Marble” shot is a 121-megapixel single-shot taken from 22,369 miles away by Russian weather satellite Elektro-L No. 1.

Nice Gadget Beb! - 'Real' Punya Star Wars Lightsaber

Yeap, Wicked Laser iaitu sebuah syarikat pengeluar peranti berasaskan laser kini telah menghasilkan 'lightsaber' sebenar tanpa memperoleh sebarang patent daripada Lucas Art. Walaupun rekabentuknya hampir cuma apa yang membezakannya dengan produk sebenar adalah penggunanya dikehendaki memakai shades hitam untuk mengendalikan peranti kerana biasan lasernya amatlah merbahaya untuk pandangan mata. Begitu juga peranti ini dicipta bukanlah bertujuan untuk para pengguna meniru lagak pahlawan Jedi (actually aku pun tak tau apa motif sebenar penciptaannya, maybe untuk lectures kot?). Oleh itu janganlah gatal-gatal hendak bermain fencing guna pedang ini okay.


Saturday, May 12, 2012

10 Perkara Luar Biasa Yang Berlaku Setiap Saat Tanpa Kita Sedari

Tanpa kita sedari, banyak perkara yang berlaku di luar dugaan kita tanpa disedari langsung. Kita tidak langsung mengetahui berapa ramaikah penumpang lif yang kentut sepanjang pendakian dalam lif-lif di serata dunia begitu jugak berapa ramai orang mengorek hidung pada waktu yang sama dengan anda juga mengorek hidung sendiri. Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa perkara-perkara biasa yang sering kita lakukan terdapat cerita disebaliknya. Mungkin ramai tak ambik kisah sekiranya paip rumah anda bocor sehingga air menitik hampir sejuta kali namun cuba anda bayangkan betapa kerugian yang ditanggung akibat kelalaian itu contohnya bil melambung?. Bak kata Nabil "lu pikirlah sendiri"..

Tuesday, May 8, 2012

Kreatif Dowh! - Runtuhan Rumah Kurun Ke-19 Diubahsuai Menjadi Sebuah Studio Muzik Moden

Selalunya di dalam pemikiran masyarakat kita, apabila disebut ajer perkataan seperti 'rumah lama' ataupun 'runtuhan'-nya ajer pasti sajer akan terlintas perkataan 'hantu', 'keras' dan berpenunggu sebagainya. Oleh disebabkan persepsi begitulah maka kita seringkali melihat rumah-rumah lama dibiarkan begitu saja sehingga ditelan semak dan hutan belantara. Contoh terbaik boleh kita tengok sendiri apa yang sudah jadi pada rumah banglo usang era British lokasi penggambaran filem Mistik (2003). Sudah hampir 10 tahun berlalu, aku pun tak pasti nasib rumah tu sekarang. Mungkin dah dibaiki semula kot.


Lain pula di Suffolk, England. Sebuah runtuhan pondok merpati binaan era pemerintahan Ratu Victoria menjadi studio rakaman. Sekolah muzik Aldeburgh, iaitu studio serba canggih rekaan Haworth Tompkins ini memyediakan ruang persendirian kepada para penggiat seni muzik berlatih atau merakamkan lagu mereka dalam suasana yang cukup tenang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini (kecuali hantu).




Sumber : INHABITAT


Wednesday, May 2, 2012

Comel Dowh! - Pesawat Komersil Bertemakan Hello Kitty!

Kartun seekor kucing comel dari London yang diperkenalkan pada tahun 1974 oleh syarikat Jepun iaitu Sanrio, Hello Kitty merupakan antara salah satu watak fiksi kucing paling terkenal di dunia selain Doraemon yang juga diterbitkan dari negara yang sama.


Baru-baru ini sebuah syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air telah melancarkan tiga buah pesawat Airbus A330-300 yang dihiasi khas dengan corak dan lukisan bertemakan Hello Kitty. Ianya bertujuan untuk memperkasakan dan meningkatkan lagi industri pelancongan negara pulau yang kian merosot. Pesawat tersebut akan beroperasi di beberapa lokasi bandar utama Asia Timur dan Barat Pasifik iaitu di Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Guam.


Selain badan luarannya dihiaskan dengan tema Hello Kitty. Menu hidangan on-board, sudu garfu dan pelapik kepala kerusi penumpang juga bertemakan Hello Kitty. Malahan kaunter pembelian tiket di lapangan terbang juga turut dihiaskan mengikut tema yang sama. Cuma yang bukan bertemakan Hello Kitty tu amoi pramugarinya sajer. 











Sumber : Dailymail

Tuesday, May 1, 2012

Sega Toylet, Gajet Permainan Video Paling Merepek Di Dunia! - WTF!



Syarikat pembangun permainan video terkemuka dunia, SEGA telah membuat kejutan pada awal tahun lalu apabila memperkenalkan "Toylet" iaitu sebuah gajet permainan video unik yang merupakan separuh video game dan separuh tandas. Alat permainan video kontrapsi yang dilekatkan di atas mangkuk urinal ini hanya dikhaskan untuk kegunaan kaum lelaki sahaja dan menggunakan projeksi cecair kencing sebagai mekanisma kawalan pergerakan permainan.


Gajet ini hanya dikhaskan untuk beroperasi pada mangkuk jamban jenis berdiri sahaja seperti yang terdapat di premis-premis membeli belah, restoran, institusi pendidikan dan juga bangunan awam mahupun dan bukannya jenis mangkuk jamban duduk. Sejenis sensor khas yang dipasang pada urinal mampu mengukur isipadu dan tekanan aliran air kencing air yang mengalir ke dalam lubang urinal tersebut. Antara permainan video yang terdapat pada gajet ini ialah "mengisi secawan kopi", "menyemburkan susu melalui lubang hidung" dan "menghembus angin untuk menyelak skirt awek".







Sumber : wired.com

Shacklesmith : Buat masa ni gajet unik buatan SEGA kini hanya terdapat di Jepun sahaja. So chances untuk kita boleh jumpanya di tandas awam KLCC dan Pavillion mungkin sipi-sipi sajer itupun kalau pengusaha premis berminat.

Wednesday, April 25, 2012

Syarikat Gergasi Global Yang Bertanggungjawab Mengawal Household Brand Sedunia - Fakta Dowh!






Bagaimana Instagram Menggugat Kedudukan Facebook - Fakta Beb!


Only In Malaysia - Kreatif Dowh!

Saksikan filem pendek kreatif hasil garapan deejay stesen radio swasta berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia, Jin Hitz.fm yang berjaya memikat hati 1.5 juta pelayar viewers dalam masa tiga hari sajer.


Mesej yang disampaikannya begitu simple dan membawa makna kritis kepada semua lapisan masyarakat. Gambaran yang disampaikan melalui filem pendek ini adalah realiti kehidupan seharian masyarakat urban bandar di negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?