Cool Link's Mesti Clicks!

Showing posts with label Gempak. Show all posts
Showing posts with label Gempak. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Amazing Beb! - Pengecaj Bateri Menggunakan Tenaga Elektromagnetik


Pernahkah terbayang ketika berjalan kaki sambil bersiar-siar di hari minggu tidak kiralah hendak menonton wayang bersama rakan mahupun menemani adik hendak membeli barang keperluan sekolah dengan bateri phone yang sudah tinggal hanya beberapa bar lagi sebelum kong gara-gara panggilan tanpa henti kekasih hati anda?. 

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri seperti kereta mungkin tidak mempunyai masalah kerana umum mengetahui setiap kereta dilengkapi cigarette lighter receptacle yang juga berupaya mengecas bateri telefon bimbit anda. Akan tetapi bagaimana pula nasib pejalan kaki, penumpang kenderaan awam seperti bas dan komuter dan juga penunggang motosikal apabila berhadapan situasi ini?. Tentu parah bukan?.

Thursday, November 8, 2012

Cool Dowh! - Segala Macam Benda Diinspirasikan Dari Gangnam Style


Semenjak mencetuskan fenomena dikalangan netizens Julai lalu, banyak benda telah diinspirasikan dari klip video lagu hip-hop techno K-pop dendangan PSY.


USB Drive Oppa Gangnam (LINK)

Thursday, September 6, 2012

Kreatif Beb! - Frii, Basikal Kanak-kanak Yang Diperbuat Daripada Plastik Kitar Semula

Comel sememangnya comel, ringan dan mampu dijual pada harga yang berpatutan. Meskipun konsep rekaannya tampak mudah dan ringkas, ianya berupaya meredah jalan-jalan di kawasan bandar dengan pantas dan tangkas. Perekanya, Drog Peleg berharap rekaannya ini dapat dijadikan alternatif oleh pihak berwajib baik kerajaan mahupun swasta bagi menyelesaikan masalah pelepusan sisa-sisa plastik yang terlalu banyak itu.


Thursday, May 24, 2012

Socialmatic, Kamera Khas Untuk Instagram! - Amazing Gadget Beb!

Bagi pengguna tegar iPhone dan iPad, siapa tak kenal Instagram?. Sebuah aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar menarik yang amat popular lebih-lebih lagi di kalangan kaki ketagih Facebook dan Twitter. Secara peribadinya aku mengetahui akan kewujudan aplikasi pada Oktober lalu menerusi Twitter pelakon Sarah Ali. Bercakap pasal pelakon, korang mesti ingat pasal kes yang menimpa rakan seperjuangan beliau Januari lepas sebab melibatkan penggunaan Instagram jugak beb. Sebulan lalu, gergasi rangkaian sosial terbesar dunia Facebook telah membeli aplikasi ini dengan harga US$1 bilion.


Idea konsep kamera ini dicetuskan oleh seorang pereka warga Itali, Antonio De Rosa. Walaupun buat masa kini kamera ini masih di peringkat konsep, akan tetapi beliau bercadang untuk mengumpul dana bagi merealisasikannya seperti beliau uar-uarkan di laman ini. Apa yang menariknya pasal kamera ini adalah ianya mengembalikan semula nostalgia kamera polaroid yang berkebolehan mencetak terus gambar yang telah diambil. Agak cool jugak kan jika ada kamera Instagram ini?. Boleh snap, edit dan terus print!. 



Sunday, May 20, 2012

Kreatif Beb! - 14 Hasil Ciptaan Percetakan 3D Yang Menakjubkan!

Apa itu 3D Printing?. Perlu aku tekankan bahawa ia tidak sama dengan proses percetakan kertas kerana ia melibatkan objek keras. Senang cerita suatu proses pembuatan 'kraftangan' yang dilakukan 100% oleh mesin. Ianya adalah suatu proses penghasilan objek tiga dimensi daripada fail digital. Kaedah ini dilakukan menerusi apa yang kita panggil sebagai additive processes dimana objek dibina secara berperingkat mengikut lapisan bahan. Kaedah ini juga dianggap berbeza sama sekali dengan teknik pemesinan tradisional kerana sebahagian besar operasinya bergantung kepada penyingkiran bahan melalui proses penggerudian, memotong bahan dan sebagainya.



Wednesday, May 16, 2012

WTF! - Sepanduk OccupyWallstreet Paling Siot

Bersempena dengan demonstrasi himpunan BERSIH 3.0, OccupyDataran Hapuskan PTPTN, Duduk dan Jilat 1.0, bukak warung burger dan senam punggung bekas askar depan rumah Ambiga dan Demo Anti Demo Bangkang Dari Longkang. Maka saya dengan berbesar hatinya mempersembahkan slogan-slogan sepanduk paling siot para pendemo OccupyWallstreet dari pengamal demokrasi terbesar dunia Amerika Syarikat. 


Bagi aku, segala kecelakaan yang berlaku di dunia sekarang ini berpunca dari negara itu. Mereka ikut sesuka mak bapak tok nenek dorang pergi mengebom negara orang dan menyusahkan rakyat negara yang mereka serang itu. Kesannya hidup rakyat Afghanistan semakin bertambah menderita dan jurang ideologi dan assobiyah mazhab rakyat Iraq semakin meruncing. Itu baru polisi zaman Bush, masuk Obama melalui CIA macam-macam jarum dicucuknya kepada negara Arab lain sehingga muncul fenomena yang kita kenali sebagai Arab Spring. 


Tidak cukup duit cukai rakyat Amerika dibazirkan untuk membiayai negara haram Israel dan menyembelih rakyat Afghanistan dan Iraq yang tidak berdosa. Kini wang perbendaharaan negara kuasa besar itu pula disalahgunakan untuk memporak perandakan negara lain. Ini termasuk membiayai gerakan militan menggulingkan kerajaan Gaddafi di Libya. Malahan, BERSIH juga diketahui mendapat sokongan dana daripada agensi dan organisasi negara berkenaan. 


Para penyembah syaitan Freemason, Illuminati, Bohemian Grove, Bilderberg, Rockefellar dan Rothschild ingat mereka boleh hidup senang-lenang makan duit haram dengan kerja celaka menghancurkan kedamaian negara orang. Akan tetapi atas kuasa Tuhan Yang Maha Esa juga segala perancangan jahat akan diterbalikkan kepada mereka juga. Enter OccupyWallstreet!



Tuesday, May 15, 2012

Amazing Beb! - 10 Gambar Beresolusi Tinggi Awesome Yang Mampu Bikin Anda Ternganga!


1. Earth

NASA’s updated “Blue Marble” shot is a 121-megapixel single-shot taken from 22,369 miles away by Russian weather satellite Elektro-L No. 1.

Nice Gadget Beb! - 'Real' Punya Star Wars Lightsaber

Yeap, Wicked Laser iaitu sebuah syarikat pengeluar peranti berasaskan laser kini telah menghasilkan 'lightsaber' sebenar tanpa memperoleh sebarang patent daripada Lucas Art. Walaupun rekabentuknya hampir cuma apa yang membezakannya dengan produk sebenar adalah penggunanya dikehendaki memakai shades hitam untuk mengendalikan peranti kerana biasan lasernya amatlah merbahaya untuk pandangan mata. Begitu juga peranti ini dicipta bukanlah bertujuan untuk para pengguna meniru lagak pahlawan Jedi (actually aku pun tak tau apa motif sebenar penciptaannya, maybe untuk lectures kot?). Oleh itu janganlah gatal-gatal hendak bermain fencing guna pedang ini okay.


Friday, May 4, 2012

Gempak Siot! - Italo, Bullet Train Ferrari Di Itali!


Sewaktu pemerintahan Pak Lah Imam Hadhari dulu, pernah ada ura-ura di antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk membina landasan kereta api elektrik berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Kota Singa. Antara pelan yang dipertimbangkan adalah extension kepada laluan ERL (KLIA Ekspres) ataupun membina landasan maglev. Namun selepas kekalahan luar dugaan parti Barisan Nasional sewaktu PRU 12. Idea ini senyap begitu sajer macam tak pernah dirancang langsung.

Anda bayangkan sendiri sekiranya rancangan ini menjadi kenyataan dan diteruskan oleh Najib dan Hsien Long. Bagaimana agaknya rupa koc tren-nya nanti?. Adakah ianya sehebat tren di bawah?. 






Sumber : Gempak.org

Tuesday, April 10, 2012

Kapal Kalis Bom Berlabuh Di Singapore! Gempak Siot



Sebuah kapal layar sepanjang 120m berharga $337 juta milik seorang bilionair kelahiran Russia dilaporkan berlabuh di jeti Teluk Keppel, Singapura. Direka oleh Philippe Starck, kapal layar mewah yang dikatakan kalis bom ini juga memiliki bentuk agak menarik seperti kapal selam.




Menurut Keppel Corp, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pelabuhan Teluk Keppel. Kapal layar ini merupakan salah satu kapal yang paling mahal pernah berlabuh di jeti pelabuhan republik berkenaan pada tahun ini.




Pemilik perahu layar mewah tersebut, Andrey Melnichenko kini dilaporkan berada di Singapura atas urusan peribadi.







Sumber : Singapore STOMP

Shacklesmith : Kalis bom? kalau kena tembak jet Sukhoi Flanker ataupun kapal selam Kilo class hancur jugak beb.. hahaha!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?