Cool Link's Mesti Clicks!

Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Amazing Beb! - Pengecaj Bateri Menggunakan Tenaga Elektromagnetik


Pernahkah terbayang ketika berjalan kaki sambil bersiar-siar di hari minggu tidak kiralah hendak menonton wayang bersama rakan mahupun menemani adik hendak membeli barang keperluan sekolah dengan bateri phone yang sudah tinggal hanya beberapa bar lagi sebelum kong gara-gara panggilan tanpa henti kekasih hati anda?. 

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri seperti kereta mungkin tidak mempunyai masalah kerana umum mengetahui setiap kereta dilengkapi cigarette lighter receptacle yang juga berupaya mengecas bateri telefon bimbit anda. Akan tetapi bagaimana pula nasib pejalan kaki, penumpang kenderaan awam seperti bas dan komuter dan juga penunggang motosikal apabila berhadapan situasi ini?. Tentu parah bukan?.

Thursday, September 6, 2012

Kreatif Beb! - Frii, Basikal Kanak-kanak Yang Diperbuat Daripada Plastik Kitar Semula

Comel sememangnya comel, ringan dan mampu dijual pada harga yang berpatutan. Meskipun konsep rekaannya tampak mudah dan ringkas, ianya berupaya meredah jalan-jalan di kawasan bandar dengan pantas dan tangkas. Perekanya, Drog Peleg berharap rekaannya ini dapat dijadikan alternatif oleh pihak berwajib baik kerajaan mahupun swasta bagi menyelesaikan masalah pelepusan sisa-sisa plastik yang terlalu banyak itu.


Thursday, August 23, 2012

LOL Dowh! - Permainan Yang Kita Main Menggunakan Imaginasi Kita



Shacklesmith : Aku tak consider pun benda ni bodoh bai.. Its just our childhood imagination could run as wild as it should be!

Sunday, May 20, 2012

Kreatif Beb! - 14 Hasil Ciptaan Percetakan 3D Yang Menakjubkan!

Apa itu 3D Printing?. Perlu aku tekankan bahawa ia tidak sama dengan proses percetakan kertas kerana ia melibatkan objek keras. Senang cerita suatu proses pembuatan 'kraftangan' yang dilakukan 100% oleh mesin. Ianya adalah suatu proses penghasilan objek tiga dimensi daripada fail digital. Kaedah ini dilakukan menerusi apa yang kita panggil sebagai additive processes dimana objek dibina secara berperingkat mengikut lapisan bahan. Kaedah ini juga dianggap berbeza sama sekali dengan teknik pemesinan tradisional kerana sebahagian besar operasinya bergantung kepada penyingkiran bahan melalui proses penggerudian, memotong bahan dan sebagainya.



Tuesday, May 15, 2012

LOL Dowh! - 10 Cara Paling Awesome Untuk Perdajalkan Orang


Aku yakin ramai di antara korang  especially budak-budak student (mostly lelaki lah) suka dok perdajalkan orang dalam internet. Dalam bahasa mudah kita gelar 'troll' lah, mesti korang rasa seronok kan bila someone terasa butthurt gila bagai nak mampus akibat kesialan korang men-troll-kan depa. Macam biasalah beb, berani buat berani tanggung. Setakat dalam internet tu baling batu sembunyi tangan jelah. Ibarat "Hit and Run!". Kali ni aku tunjukkan 10 cara paling awesome dan haramjadah untuk perdajalkan orang in real life. 

Haha, tak mainlah troll dalam tenet beb. Anyway selamat mencuba!

Tuesday, May 8, 2012

Kreatif Dowh! - Runtuhan Rumah Kurun Ke-19 Diubahsuai Menjadi Sebuah Studio Muzik Moden

Selalunya di dalam pemikiran masyarakat kita, apabila disebut ajer perkataan seperti 'rumah lama' ataupun 'runtuhan'-nya ajer pasti sajer akan terlintas perkataan 'hantu', 'keras' dan berpenunggu sebagainya. Oleh disebabkan persepsi begitulah maka kita seringkali melihat rumah-rumah lama dibiarkan begitu saja sehingga ditelan semak dan hutan belantara. Contoh terbaik boleh kita tengok sendiri apa yang sudah jadi pada rumah banglo usang era British lokasi penggambaran filem Mistik (2003). Sudah hampir 10 tahun berlalu, aku pun tak pasti nasib rumah tu sekarang. Mungkin dah dibaiki semula kot.


Lain pula di Suffolk, England. Sebuah runtuhan pondok merpati binaan era pemerintahan Ratu Victoria menjadi studio rakaman. Sekolah muzik Aldeburgh, iaitu studio serba canggih rekaan Haworth Tompkins ini memyediakan ruang persendirian kepada para penggiat seni muzik berlatih atau merakamkan lagu mereka dalam suasana yang cukup tenang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini (kecuali hantu).




Sumber : INHABITAT


Friday, May 4, 2012

Nice Gadget Beb! - Swiss Army Knife Untuk Kanak-Kanak

Apabila disebut Swiss Army Knife, mungkin ramai yang akan menggaru kepala memikirkan apa kejadahnya pisau tu. Akan tetapi, jika disebut mengenai pisau McGyver ramai pasti kenal akan alat multi-tool yang mengandungi pisau lipat, gunting kecil, cork opener dan kadangkala dilengkapi juga pengorek telinga.


Kali pertama aku memegang pisau unik adalah ketika berusia 7 tahun milik abang aku. Ketika itu aku sendiri tak tau apa namanya so aku pun ikutlah panggil pisau McGyver seperti yang biasa disebutkan orang lain sehinggalah masa aku form 2 baru aku tau namanya Swiss Army Knife menerusi satu slot jenaka deejay Hitz.fm. Aku dah agak ramai yang seusia mesti pernah kena marah dengan bapak korang kan sebab suka-suki main pisau ni masa kecik-kecik dulu?.


Well, itu dulu. Sekarang ni budak kecik umur 3 tahun ke atas pun sudah ada pisau McGyver-nya yang tersendiri. Cuma ianya takde pisau tajam jer. Oleh itu risiko anak kecil ini dimarahi bapak mereka ini amatlah tipis. Comel kan?. Kepada ibu bapa yang selalu tercicir sudu dan garpu anak-anak kecil mereka pisau McGyver ini mungkin pilihan terbaik kerana ianya dua dalam satu.






Sumber : ThinkGeek

Wednesday, May 2, 2012

Comel Dowh! - Pesawat Komersil Bertemakan Hello Kitty!

Kartun seekor kucing comel dari London yang diperkenalkan pada tahun 1974 oleh syarikat Jepun iaitu Sanrio, Hello Kitty merupakan antara salah satu watak fiksi kucing paling terkenal di dunia selain Doraemon yang juga diterbitkan dari negara yang sama.


Baru-baru ini sebuah syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air telah melancarkan tiga buah pesawat Airbus A330-300 yang dihiasi khas dengan corak dan lukisan bertemakan Hello Kitty. Ianya bertujuan untuk memperkasakan dan meningkatkan lagi industri pelancongan negara pulau yang kian merosot. Pesawat tersebut akan beroperasi di beberapa lokasi bandar utama Asia Timur dan Barat Pasifik iaitu di Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Guam.


Selain badan luarannya dihiaskan dengan tema Hello Kitty. Menu hidangan on-board, sudu garfu dan pelapik kepala kerusi penumpang juga bertemakan Hello Kitty. Malahan kaunter pembelian tiket di lapangan terbang juga turut dihiaskan mengikut tema yang sama. Cuma yang bukan bertemakan Hello Kitty tu amoi pramugarinya sajer. 











Sumber : Dailymail

Monday, April 30, 2012

Cun Dowh! - Kempen Kesedaran Awam Pilihan Raya Paling Kencang Di Dunia!

Bersempena dengan perhimpunan Bersih 3.0 (yang pada hakikat kotor) kelmarin yang membawa mesej mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya maka story aku harini pun berbunyi pasal pilihan raya jugaklah. Korang tentu masih ingat lagi video kempen Undilah arahan pembikin lagu terkemuka Pete Teo yang menampilkan Afdlin Shauki, Niamaweed overdosed dan pelbagai lagi artis popular disamping beberapa ahlul politikus terhaprak kebangsaan. 


Banyak kempen kesedaran awam mengenai betapa pentingnya seorang rakyat bertanggungjawab untuk mendaftar sebagai pemilih dilakukan di seluruh dunia dengan menggunakan idea yang kreatif sebagai contohnya menggunakan selebriti. Ingat bukan Malaysia jer pakai artis untuk Public Service Announcement sebegini beb. Paling keren pernah aku lihat adalah di Korea Selatan ini (home of the pathetic K-Pop artists). Video seorang artis wanita bernama Nancy Lang yang sanggup menahan kesejukan berbikini di sekeliling bandaraya Seoul mempromosikan kesedaran tanggungjawab rakyat tersebar di seluruh dunia melalui Youtube semenjak pertengahan bulan ini. Huhu, berani gila pakai string bikini tu beb. Kalau ada tangan-tangan jantan miang menggatal gi longgarkan sampai terbukak camno tu. Ha Ha Ha.












Sumber : KoreaBANG

Shacklesmith : Aku tak dapat nak bayangkan kalaulah peserta demonstrasi BERSIH tampil dalam keadaan sebegini. Mau tak tercabut serban pak lebai yang datang kelmarin tu. Polis pun terkedu tak tau nak buat lagu mana. Ambiga tu pejuang LGBT mesti tutup muka sebab malu orang perempuan dedah aset apa lagi srikandi-srikandi PAS jugak. Anwar? Hahaha, lu pikir la sendiri apa reaksi dia bila tengok perempuan dalam keadaan berbikini ini.



Wednesday, April 25, 2012

Only In Malaysia - Kreatif Dowh!

Saksikan filem pendek kreatif hasil garapan deejay stesen radio swasta berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia, Jin Hitz.fm yang berjaya memikat hati 1.5 juta pelayar viewers dalam masa tiga hari sajer.


Mesej yang disampaikannya begitu simple dan membawa makna kritis kepada semua lapisan masyarakat. Gambaran yang disampaikan melalui filem pendek ini adalah realiti kehidupan seharian masyarakat urban bandar di negara ini.

10 Ciptaan Paling Menjanggalkan Di Dunia. Mengarut Dowh!

some text

Sumber : 9GAG.com


Wednesday, April 18, 2012

Gambar Menarik Neelofa Hasil Sentuhan AnnasEaskey di Paris.. Cun Dowh!

Jujur untuk aku katakan, aku bukanlah peminat Neelofa. Jika dibandingkan dengan Neelofa dengan Izara Aisyah, aku lebih favour Izara lagi sebab the latter lagi muda dan comel . :p


Sincerely, I have to admit that Neelofa is indeed a very beautiful and not to forget her foremost renown 'nasi kerabu dua bungkus' which has become a novelty for some men except me!. Tapi aku ingin bercakap di sini adalah mengenai kecantikan sebuah hasil kerja fotografi. Aku amat mengkagumi kualiti hasil sentuhan yang ditunjukkan jurugambar ini. Kudos to the photographer!







Sumber : Mynewshub


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?