Cool Link's Mesti Clicks!

Tuesday, May 1, 2012

Sega Toylet, Gajet Permainan Video Paling Merepek Di Dunia! - WTF!



Syarikat pembangun permainan video terkemuka dunia, SEGA telah membuat kejutan pada awal tahun lalu apabila memperkenalkan "Toylet" iaitu sebuah gajet permainan video unik yang merupakan separuh video game dan separuh tandas. Alat permainan video kontrapsi yang dilekatkan di atas mangkuk urinal ini hanya dikhaskan untuk kegunaan kaum lelaki sahaja dan menggunakan projeksi cecair kencing sebagai mekanisma kawalan pergerakan permainan.


Gajet ini hanya dikhaskan untuk beroperasi pada mangkuk jamban jenis berdiri sahaja seperti yang terdapat di premis-premis membeli belah, restoran, institusi pendidikan dan juga bangunan awam mahupun dan bukannya jenis mangkuk jamban duduk. Sejenis sensor khas yang dipasang pada urinal mampu mengukur isipadu dan tekanan aliran air kencing air yang mengalir ke dalam lubang urinal tersebut. Antara permainan video yang terdapat pada gajet ini ialah "mengisi secawan kopi", "menyemburkan susu melalui lubang hidung" dan "menghembus angin untuk menyelak skirt awek".







Sumber : wired.com

Shacklesmith : Buat masa ni gajet unik buatan SEGA kini hanya terdapat di Jepun sahaja. So chances untuk kita boleh jumpanya di tandas awam KLCC dan Pavillion mungkin sipi-sipi sajer itupun kalau pengusaha premis berminat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?