Kreatif Dowh! - Runtuhan Rumah Kurun Ke-19 Diubahsuai Menjadi Sebuah Studio Muzik Moden
Selalunya di dalam pemikiran masyarakat kita, apabila disebut ajer perkataan seperti 'rumah lama' ataupun 'runtuhan'-nya ajer pasti sajer akan terlintas perkataan 'hantu', 'keras' dan berpenunggu sebagainya. Oleh disebabkan persepsi begitulah maka kita seringkali melihat rumah-rumah lama dibiarkan begitu saja sehingga ditelan semak dan hutan belantara. Contoh terbaik boleh kita tengok sendiri apa yang sudah jadi pada rumah banglo usang era British lokasi penggambaran filem Mistik (2003). Sudah hampir 10 tahun berlalu, aku pun tak pasti nasib rumah tu sekarang. Mungkin dah dibaiki semula kot.
Lain pula di Suffolk, England. Sebuah runtuhan pondok merpati binaan era pemerintahan Ratu Victoria menjadi studio rakaman. Sekolah muzik Aldeburgh, iaitu studio serba canggih rekaan Haworth Tompkins ini memyediakan ruang persendirian kepada para penggiat seni muzik berlatih atau merakamkan lagu mereka dalam suasana yang cukup tenang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini (kecuali hantu).
No comments:
Post a Comment