Cool Link's Mesti Clicks!

Friday, September 7, 2012

Comel Dowh! - Apabila Nora Danish Meniru Gaya Feetri Duckface

For younger Malaysian's and Singaporean Malays internet communities. The 13 or 14 year old Nur Feetri the duckface is absolutely such an annoying girl. Yelah kan, budak baru belajar camwhore depan webcam. Buat muka entah apa- apa and then pandai-pandai jer upload video kat Youtube bajet semua orang ingat dia cute kunun. Last-last kena kutuk kow-kow by the cruel netizens yang sememang zalim bagai nak mampus seperti Rebecca Black pernah alami tahun lepas. Bak kata stoner Hishamuddin Rais, "kalau tak nak orang kata bodoh jangan tunjuk kebodohan diri sendiri".

Namun begitu, nobody can deny Nora Danish cuteness. Sejak dari zaman beliau berlakon sitcom Puteri lebih 7 tahun lalu sehinggalah menjadi janda kepada anak bekas menteri besar Perak gara-gara dirampas oleh "tut". Kecomelan semulajadi beliau adalah anugerah ciptaan-Nya yang paling bermakna. Jadi betulah kata sorang awek yang belajar legal studies kat UITM. Nora Danish tu sampai bila-bila pun comel. To be honest, she's the cutest MILF Malaysians have ever seen!.

Ikuti aksi beliau meniru gaya Nur Feetri the duckface.




Sumber : Ohbulan

Thursday, September 6, 2012

Kreatif Beb! - Frii, Basikal Kanak-kanak Yang Diperbuat Daripada Plastik Kitar Semula

Comel sememangnya comel, ringan dan mampu dijual pada harga yang berpatutan. Meskipun konsep rekaannya tampak mudah dan ringkas, ianya berupaya meredah jalan-jalan di kawasan bandar dengan pantas dan tangkas. Perekanya, Drog Peleg berharap rekaannya ini dapat dijadikan alternatif oleh pihak berwajib baik kerajaan mahupun swasta bagi menyelesaikan masalah pelepusan sisa-sisa plastik yang terlalu banyak itu.


OMG Siot! - Tina Leopard, Model Berwajah Anime-like Yang Teramatlah Freaky

Tina Leopard adalah seorang model dan blogger dari China yang mencetuskan kontroversi dikalangan pengguna internet negara tembok besar berkenaan pada awal tahun ini gara-gara memiliki dagu tajam dan mata bulat persis watak kartun anime Jepun.

Seperti negara Asia Timur yang lain, China juga tidak terlepas daripada menerima tempias trend popular dimana para belia sanggup melakukan apa saja agar kelihatan menarik termasuklah mengubah struktur wajah menjadi lain daripada yang lain. Ramai gadis muda sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membayar kos pembedahan plastik.

Aku sendiri tidak pasti teknik apakah yang digunakan doktornya untuk menajamkan dagunya itu. Apakah rahangnya dipotong tepinya dan diasah tajam? Apakah lubang soket matanya diperbesarkan dengan dipahat sekelilingnya agar kelihatan lebih besar dari yang biasanya. Pastinya, amoi ini harus mengenakan lebih sebakul mekap untuk kelihatan anggun sepanjang masa. Sekiranya tidak, pasti ramai jejaka yang lari ketakutan melihatnya wajah tanpa solekannya yang aneh itu.

Meskipun si tuan empunya badan merasakan wajah baru yang dimilikinya cantik umpawa watak Sailormoon dan Ikki-Tousen. Aku tetap menganggap wajahnya sebijik dengan muka alien logo jenama Alien Workshop yang pernah feymes suatu ketika dulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?