Seperti negara Asia Timur yang lain, China juga tidak terlepas daripada menerima tempias trend popular dimana para belia sanggup melakukan apa saja agar kelihatan menarik termasuklah mengubah struktur wajah menjadi lain daripada yang lain. Ramai gadis muda sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membayar kos pembedahan plastik.
Aku sendiri tidak pasti teknik apakah yang digunakan doktornya untuk menajamkan dagunya itu. Apakah rahangnya dipotong tepinya dan diasah tajam? Apakah lubang soket matanya diperbesarkan dengan dipahat sekelilingnya agar kelihatan lebih besar dari yang biasanya. Pastinya, amoi ini harus mengenakan lebih sebakul mekap untuk kelihatan anggun sepanjang masa. Sekiranya tidak, pasti ramai jejaka yang lari ketakutan melihatnya wajah tanpa solekannya yang aneh itu.
Meskipun si tuan empunya badan merasakan wajah baru yang dimilikinya cantik umpawa watak Sailormoon dan Ikki-Tousen. Aku tetap menganggap wajahnya sebijik dengan muka alien logo jenama Alien Workshop yang pernah feymes suatu ketika dulu.
Sumber : Odditycentral
No comments:
Post a Comment