Cool Link's Mesti Clicks!

Wednesday, May 16, 2012

WTF! - Sepanduk OccupyWallstreet Paling Siot

Bersempena dengan demonstrasi himpunan BERSIH 3.0, OccupyDataran Hapuskan PTPTN, Duduk dan Jilat 1.0, bukak warung burger dan senam punggung bekas askar depan rumah Ambiga dan Demo Anti Demo Bangkang Dari Longkang. Maka saya dengan berbesar hatinya mempersembahkan slogan-slogan sepanduk paling siot para pendemo OccupyWallstreet dari pengamal demokrasi terbesar dunia Amerika Syarikat. 


Bagi aku, segala kecelakaan yang berlaku di dunia sekarang ini berpunca dari negara itu. Mereka ikut sesuka mak bapak tok nenek dorang pergi mengebom negara orang dan menyusahkan rakyat negara yang mereka serang itu. Kesannya hidup rakyat Afghanistan semakin bertambah menderita dan jurang ideologi dan assobiyah mazhab rakyat Iraq semakin meruncing. Itu baru polisi zaman Bush, masuk Obama melalui CIA macam-macam jarum dicucuknya kepada negara Arab lain sehingga muncul fenomena yang kita kenali sebagai Arab Spring. 


Tidak cukup duit cukai rakyat Amerika dibazirkan untuk membiayai negara haram Israel dan menyembelih rakyat Afghanistan dan Iraq yang tidak berdosa. Kini wang perbendaharaan negara kuasa besar itu pula disalahgunakan untuk memporak perandakan negara lain. Ini termasuk membiayai gerakan militan menggulingkan kerajaan Gaddafi di Libya. Malahan, BERSIH juga diketahui mendapat sokongan dana daripada agensi dan organisasi negara berkenaan. 


Para penyembah syaitan Freemason, Illuminati, Bohemian Grove, Bilderberg, Rockefellar dan Rothschild ingat mereka boleh hidup senang-lenang makan duit haram dengan kerja celaka menghancurkan kedamaian negara orang. Akan tetapi atas kuasa Tuhan Yang Maha Esa juga segala perancangan jahat akan diterbalikkan kepada mereka juga. Enter OccupyWallstreet!



















Sumber : Happy Places

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?