Cool Link's Mesti Clicks!

Thursday, May 24, 2012

Socialmatic, Kamera Khas Untuk Instagram! - Amazing Gadget Beb!

Bagi pengguna tegar iPhone dan iPad, siapa tak kenal Instagram?. Sebuah aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar menarik yang amat popular lebih-lebih lagi di kalangan kaki ketagih Facebook dan Twitter. Secara peribadinya aku mengetahui akan kewujudan aplikasi pada Oktober lalu menerusi Twitter pelakon Sarah Ali. Bercakap pasal pelakon, korang mesti ingat pasal kes yang menimpa rakan seperjuangan beliau Januari lepas sebab melibatkan penggunaan Instagram jugak beb. Sebulan lalu, gergasi rangkaian sosial terbesar dunia Facebook telah membeli aplikasi ini dengan harga US$1 bilion.


Idea konsep kamera ini dicetuskan oleh seorang pereka warga Itali, Antonio De Rosa. Walaupun buat masa kini kamera ini masih di peringkat konsep, akan tetapi beliau bercadang untuk mengumpul dana bagi merealisasikannya seperti beliau uar-uarkan di laman ini. Apa yang menariknya pasal kamera ini adalah ianya mengembalikan semula nostalgia kamera polaroid yang berkebolehan mencetak terus gambar yang telah diambil. Agak cool jugak kan jika ada kamera Instagram ini?. Boleh snap, edit dan terus print!. 







Ciri-ciri yang ada pada kamera ini ;

- 16 GB memori;
- Wifi dan Bluetooth;
- 4:3 touchscreen;
- 2 lensa utama, rakaman biasa dan rakaman 3D, second for 3D filters, webcam applications dan QR Code capturing;
- Optical zoom;
- Led Flash;
- Internal printer untuk mencetak gambar;
- Paper cartridge bersama Instagram Paper Sheets;
- InstaOs 1.0, dilengkapi bersama aplikasi Facebook  dan Instagram App; (Twitter?)




Sumber : ADR Studio

2 comments:

  1. cantik la :) nak jugak..

    hmm..tuan blog..bla2 singgah la sini ..boleh tukar2 pendapat :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?