Kali pertama aku memegang pisau unik adalah ketika berusia 7 tahun milik abang aku. Ketika itu aku sendiri tak tau apa namanya so aku pun ikutlah panggil pisau McGyver seperti yang biasa disebutkan orang lain sehinggalah masa aku form 2 baru aku tau namanya Swiss Army Knife menerusi satu slot jenaka deejay Hitz.fm. Aku dah agak ramai yang seusia mesti pernah kena marah dengan bapak korang kan sebab suka-suki main pisau ni masa kecik-kecik dulu?.
Well, itu dulu. Sekarang ni budak kecik umur 3 tahun ke atas pun sudah ada pisau McGyver-nya yang tersendiri. Cuma ianya takde pisau tajam jer. Oleh itu risiko anak kecil ini dimarahi bapak mereka ini amatlah tipis. Comel kan?. Kepada ibu bapa yang selalu tercicir sudu dan garpu anak-anak kecil mereka pisau McGyver ini mungkin pilihan terbaik kerana ianya dua dalam satu.
No comments:
Post a Comment