Cool Link's Mesti Clicks!

Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Nice Gadget Beb! - 'Real' Punya Star Wars Lightsaber

Yeap, Wicked Laser iaitu sebuah syarikat pengeluar peranti berasaskan laser kini telah menghasilkan 'lightsaber' sebenar tanpa memperoleh sebarang patent daripada Lucas Art. Walaupun rekabentuknya hampir cuma apa yang membezakannya dengan produk sebenar adalah penggunanya dikehendaki memakai shades hitam untuk mengendalikan peranti kerana biasan lasernya amatlah merbahaya untuk pandangan mata. Begitu juga peranti ini dicipta bukanlah bertujuan untuk para pengguna meniru lagak pahlawan Jedi (actually aku pun tak tau apa motif sebenar penciptaannya, maybe untuk lectures kot?). Oleh itu janganlah gatal-gatal hendak bermain fencing guna pedang ini okay.


Friday, May 4, 2012

Nice Gadget Beb! - Swiss Army Knife Untuk Kanak-Kanak

Apabila disebut Swiss Army Knife, mungkin ramai yang akan menggaru kepala memikirkan apa kejadahnya pisau tu. Akan tetapi, jika disebut mengenai pisau McGyver ramai pasti kenal akan alat multi-tool yang mengandungi pisau lipat, gunting kecil, cork opener dan kadangkala dilengkapi juga pengorek telinga.


Kali pertama aku memegang pisau unik adalah ketika berusia 7 tahun milik abang aku. Ketika itu aku sendiri tak tau apa namanya so aku pun ikutlah panggil pisau McGyver seperti yang biasa disebutkan orang lain sehinggalah masa aku form 2 baru aku tau namanya Swiss Army Knife menerusi satu slot jenaka deejay Hitz.fm. Aku dah agak ramai yang seusia mesti pernah kena marah dengan bapak korang kan sebab suka-suki main pisau ni masa kecik-kecik dulu?.


Well, itu dulu. Sekarang ni budak kecik umur 3 tahun ke atas pun sudah ada pisau McGyver-nya yang tersendiri. Cuma ianya takde pisau tajam jer. Oleh itu risiko anak kecil ini dimarahi bapak mereka ini amatlah tipis. Comel kan?. Kepada ibu bapa yang selalu tercicir sudu dan garpu anak-anak kecil mereka pisau McGyver ini mungkin pilihan terbaik kerana ianya dua dalam satu.






Sumber : ThinkGeek

Tuesday, May 1, 2012

Sega Toylet, Gajet Permainan Video Paling Merepek Di Dunia! - WTF!



Syarikat pembangun permainan video terkemuka dunia, SEGA telah membuat kejutan pada awal tahun lalu apabila memperkenalkan "Toylet" iaitu sebuah gajet permainan video unik yang merupakan separuh video game dan separuh tandas. Alat permainan video kontrapsi yang dilekatkan di atas mangkuk urinal ini hanya dikhaskan untuk kegunaan kaum lelaki sahaja dan menggunakan projeksi cecair kencing sebagai mekanisma kawalan pergerakan permainan.


Gajet ini hanya dikhaskan untuk beroperasi pada mangkuk jamban jenis berdiri sahaja seperti yang terdapat di premis-premis membeli belah, restoran, institusi pendidikan dan juga bangunan awam mahupun dan bukannya jenis mangkuk jamban duduk. Sejenis sensor khas yang dipasang pada urinal mampu mengukur isipadu dan tekanan aliran air kencing air yang mengalir ke dalam lubang urinal tersebut. Antara permainan video yang terdapat pada gajet ini ialah "mengisi secawan kopi", "menyemburkan susu melalui lubang hidung" dan "menghembus angin untuk menyelak skirt awek".







Sumber : wired.com

Shacklesmith : Buat masa ni gajet unik buatan SEGA kini hanya terdapat di Jepun sahaja. So chances untuk kita boleh jumpanya di tandas awam KLCC dan Pavillion mungkin sipi-sipi sajer itupun kalau pengusaha premis berminat.

Friday, April 13, 2012

Lapan Penutup iPad Beserta Keyboard Yang Hebat! Amazing!

Sesungguhnya iPad merupakan sebuah gadget yang sangat awesome!. Ini kerana semenjak kemunculannya di pasaran ramai yang teruja hendak memilikinya. Almaklumlah, senang nak dibawa ke sana ke mari kan tak seperti laptop yang beratnya astaghfirullah buek sakik bolakang yor sampai nak merukuk bosujud pun payah eh. Kalau iPad masuk handbag perempuan pun boleh, so kalau nak bukak wifi sama di cafe ataupun mamak tidak menjadi masalah kerana beratnya teramatlah ringan dan nipis bentuknya.


Akan tetapi satu yang slacknya walaupun penggunaan touchscreen ni memudahkan tugasan scrolling dan navigating adalah cuma bila nak menaipla yang payah. Benda sikit-sikit takpe beb tapi bagi si kaki blog, tumblr ngan twitter tu pulak melecehkan lagi-lagi yang jenis jari menaip tu laju. Sebab mungkin menyentuh cermin ni tak berapa menyelesakan buat pengguna jenis ini.


Sebelum ni mungkin jugak korang pernah ternampak aksesori keyboard tambahan yang dijual berasingan beserta dengan tripod stand untuk iPad-nya sekali. Cuma yang melecehkan, ianya dijual separately dan tidak dalam bentuk clamshell. Oleh itu alangkah mudahnya jikalau casing dan keyboard ini digabungkan menjadi satu dalam bentuk clamshell sebagai mana notebook tradisional. Senang kan? Berikut adalah 8 iPad Case Keyboard menarik untuk korang semua.


So, kepada sesiapa yang tidak berkemampuan untuk membeli Macbook maka dengan adanya keyboard case ni bolehlah korang nak menggayakan iPad ni ala-ala Macbook. Hahaha!










Sumber : Geeksugar.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?