Mari kita ke Bolivia, sebuah negara di benua Amerika Selatan yang terkurung di daratan benua itu tanpa memiliki langsung kawasan pantai lautan. Negara ini juga terkenal dengan tasik yang tertinggi di dunia iaitu tasik Titicaca. Siapa sangka selain dari keindahan alam ciptaan Illahi, terdapat juga tarikan lain yang jugak menarik di negara ini iaitu 'penjara'.
Penjara San Pedro adalah sebuah kompleks penjara terbesar di negara Amerika Latin itu dan menempatkan lebih 1,500 banduan. Keistimewaan penjara ini yang membuatkan ianya agak kelihatan berbeza dari penjara-penjara yang ialah kerana ianya memiliki sistem komuniti dan sosial yang tersendiri seperti pasar, restoran, kedai gunting dan jugak hotel!. Oh ya, dan para banduan jugak boleh goyang kaki sebab takde pengawal yang mengawasi kehidupan semua. Mereka jugak bebas menjalankan kegiatan sosial bersama keluarga sendiri termasuk membawa anak-anak untuk tinggal bersama.
Sumber : Odditycentral
No comments:
Post a Comment