Cool Link's Mesti Clicks!

Thursday, May 24, 2012

Socialmatic, Kamera Khas Untuk Instagram! - Amazing Gadget Beb!

Bagi pengguna tegar iPhone dan iPad, siapa tak kenal Instagram?. Sebuah aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar menarik yang amat popular lebih-lebih lagi di kalangan kaki ketagih Facebook dan Twitter. Secara peribadinya aku mengetahui akan kewujudan aplikasi pada Oktober lalu menerusi Twitter pelakon Sarah Ali. Bercakap pasal pelakon, korang mesti ingat pasal kes yang menimpa rakan seperjuangan beliau Januari lepas sebab melibatkan penggunaan Instagram jugak beb. Sebulan lalu, gergasi rangkaian sosial terbesar dunia Facebook telah membeli aplikasi ini dengan harga US$1 bilion.


Idea konsep kamera ini dicetuskan oleh seorang pereka warga Itali, Antonio De Rosa. Walaupun buat masa kini kamera ini masih di peringkat konsep, akan tetapi beliau bercadang untuk mengumpul dana bagi merealisasikannya seperti beliau uar-uarkan di laman ini. Apa yang menariknya pasal kamera ini adalah ianya mengembalikan semula nostalgia kamera polaroid yang berkebolehan mencetak terus gambar yang telah diambil. Agak cool jugak kan jika ada kamera Instagram ini?. Boleh snap, edit dan terus print!. 



Sunday, May 20, 2012

Kreatif Beb! - 14 Hasil Ciptaan Percetakan 3D Yang Menakjubkan!

Apa itu 3D Printing?. Perlu aku tekankan bahawa ia tidak sama dengan proses percetakan kertas kerana ia melibatkan objek keras. Senang cerita suatu proses pembuatan 'kraftangan' yang dilakukan 100% oleh mesin. Ianya adalah suatu proses penghasilan objek tiga dimensi daripada fail digital. Kaedah ini dilakukan menerusi apa yang kita panggil sebagai additive processes dimana objek dibina secara berperingkat mengikut lapisan bahan. Kaedah ini juga dianggap berbeza sama sekali dengan teknik pemesinan tradisional kerana sebahagian besar operasinya bergantung kepada penyingkiran bahan melalui proses penggerudian, memotong bahan dan sebagainya.



Klasik Dowh! - Dubai Di Zaman Dahulu Kala Dan Sekarang

Cuba tanya pada diri anda sendiri apa terbayang di dalam kepala apabila ditanya mengenai bandar raya Dubai?. Sudah tentunya gambaran jelas yang sering terlintas di fikiran adalah sebuah bandaraya metropolis megah termoden di rantau timur tengah dan teluk bahkan paling mewah sekali jika dibandingkan dengan kota-kota negara Arab yang lain.


Dilengkapi prasarana tercanggih dan terbaik di dunia disamping memiliki menara pencakar langit seperti Burj Dubai, gedung-gedung membeli belah terbesar dan kemewahan penduduknya yang rata-ratanya antara berpendapatan paling tinggi di dunia.


Boleh dikatakan Dubai adalah taman permainan termasyhur kepada golongan kaya dan juga syurga bagi para expatriate yakni pekerja asing untuk bebas menikmati kehidupan serba mewah tanpa dikenakan sebarang cukai. Apatah lagi negara teluk berkenaan mengeluarkan  bertong-tong minyak beratus kali ganda lebih banyak daripada kita hasilkan sampaikan kita sendiri terpaksa mengimport lagi dari Timur Tengah. Maka tak hairanlah mereka boleh hidup semewah itu.


Lihat sendiri transformasi sebuah pekan gurun usang kepada metropolis termoden rantau teluk  melalui hasil ekonomi yang dijana setitik emas hitam!



Wednesday, May 16, 2012

WTF! - Sepanduk OccupyWallstreet Paling Siot

Bersempena dengan demonstrasi himpunan BERSIH 3.0, OccupyDataran Hapuskan PTPTN, Duduk dan Jilat 1.0, bukak warung burger dan senam punggung bekas askar depan rumah Ambiga dan Demo Anti Demo Bangkang Dari Longkang. Maka saya dengan berbesar hatinya mempersembahkan slogan-slogan sepanduk paling siot para pendemo OccupyWallstreet dari pengamal demokrasi terbesar dunia Amerika Syarikat. 


Bagi aku, segala kecelakaan yang berlaku di dunia sekarang ini berpunca dari negara itu. Mereka ikut sesuka mak bapak tok nenek dorang pergi mengebom negara orang dan menyusahkan rakyat negara yang mereka serang itu. Kesannya hidup rakyat Afghanistan semakin bertambah menderita dan jurang ideologi dan assobiyah mazhab rakyat Iraq semakin meruncing. Itu baru polisi zaman Bush, masuk Obama melalui CIA macam-macam jarum dicucuknya kepada negara Arab lain sehingga muncul fenomena yang kita kenali sebagai Arab Spring. 


Tidak cukup duit cukai rakyat Amerika dibazirkan untuk membiayai negara haram Israel dan menyembelih rakyat Afghanistan dan Iraq yang tidak berdosa. Kini wang perbendaharaan negara kuasa besar itu pula disalahgunakan untuk memporak perandakan negara lain. Ini termasuk membiayai gerakan militan menggulingkan kerajaan Gaddafi di Libya. Malahan, BERSIH juga diketahui mendapat sokongan dana daripada agensi dan organisasi negara berkenaan. 


Para penyembah syaitan Freemason, Illuminati, Bohemian Grove, Bilderberg, Rockefellar dan Rothschild ingat mereka boleh hidup senang-lenang makan duit haram dengan kerja celaka menghancurkan kedamaian negara orang. Akan tetapi atas kuasa Tuhan Yang Maha Esa juga segala perancangan jahat akan diterbalikkan kepada mereka juga. Enter OccupyWallstreet!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?