Cool Link's Mesti Clicks!

Friday, May 4, 2012

LOL Dowh! - Bagaimana Steve Jobs Dapat Idea Nak Buat iPad!



Masa mula-mula iPad keluar di pasaran dua tahun lepas, ramai pengguna mendakwa iPad ni sebijik macam iPhone yang diperbesarkan. Apatah lagi, segalanya daripada sistem operasi dan fungsi touchscreen memang mirip 100% iPhone. Andaikata korang masih tertanya-tanya bagaimana Steve Jobs mendapat ilham untuk membina gajet hebat ini maka komik di bawah adalah jawapannya.



Sumber : Tech Blog

Gempak Siot! - Italo, Bullet Train Ferrari Di Itali!


Sewaktu pemerintahan Pak Lah Imam Hadhari dulu, pernah ada ura-ura di antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk membina landasan kereta api elektrik berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Kota Singa. Antara pelan yang dipertimbangkan adalah extension kepada laluan ERL (KLIA Ekspres) ataupun membina landasan maglev. Namun selepas kekalahan luar dugaan parti Barisan Nasional sewaktu PRU 12. Idea ini senyap begitu sajer macam tak pernah dirancang langsung.

Anda bayangkan sendiri sekiranya rancangan ini menjadi kenyataan dan diteruskan oleh Najib dan Hsien Long. Bagaimana agaknya rupa koc tren-nya nanti?. Adakah ianya sehebat tren di bawah?. 






Sumber : Gempak.org

Nice Gadget Beb! - Swiss Army Knife Untuk Kanak-Kanak

Apabila disebut Swiss Army Knife, mungkin ramai yang akan menggaru kepala memikirkan apa kejadahnya pisau tu. Akan tetapi, jika disebut mengenai pisau McGyver ramai pasti kenal akan alat multi-tool yang mengandungi pisau lipat, gunting kecil, cork opener dan kadangkala dilengkapi juga pengorek telinga.


Kali pertama aku memegang pisau unik adalah ketika berusia 7 tahun milik abang aku. Ketika itu aku sendiri tak tau apa namanya so aku pun ikutlah panggil pisau McGyver seperti yang biasa disebutkan orang lain sehinggalah masa aku form 2 baru aku tau namanya Swiss Army Knife menerusi satu slot jenaka deejay Hitz.fm. Aku dah agak ramai yang seusia mesti pernah kena marah dengan bapak korang kan sebab suka-suki main pisau ni masa kecik-kecik dulu?.


Well, itu dulu. Sekarang ni budak kecik umur 3 tahun ke atas pun sudah ada pisau McGyver-nya yang tersendiri. Cuma ianya takde pisau tajam jer. Oleh itu risiko anak kecil ini dimarahi bapak mereka ini amatlah tipis. Comel kan?. Kepada ibu bapa yang selalu tercicir sudu dan garpu anak-anak kecil mereka pisau McGyver ini mungkin pilihan terbaik kerana ianya dua dalam satu.






Sumber : ThinkGeek

Thursday, May 3, 2012

NSFW! - 3 Model Berbogel Promosi Gel Mandian Di China! (Untuk Dewasa Sahaja)



Disember lalu sebuah syarikat di Tanah Besar China (PRC) baru-baru ini mengupah tiga  orang model wanita untuk berbogel bagi mempromosikan produk gel mandian berbentuk semburan kepada pelanggan.

Hanya dengan mengenakan tuala yang dibalut di sekeliling kepala mereka, gadis-gadis genit tanpa seurat benang itu kelihatan tidak malu sama sekali dan melayan pengunjung dengan mesra tanpa merasa janggal.

Mereka juga mempelawa penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki untuk membantu mengenakan produk itu pada badan mereka.

Teknik pemasaran berbaur lucah ini hanya baru sekali diperkenalkan dan dipraktikkan di negara komunis. Namun begitu, ianya kelihatan agak melampau tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi seolah mengeksploitasi tubuh badan wanita untuk tujuan komersial.


Wednesday, May 2, 2012

Comel Dowh! - Pesawat Komersil Bertemakan Hello Kitty!

Kartun seekor kucing comel dari London yang diperkenalkan pada tahun 1974 oleh syarikat Jepun iaitu Sanrio, Hello Kitty merupakan antara salah satu watak fiksi kucing paling terkenal di dunia selain Doraemon yang juga diterbitkan dari negara yang sama.


Baru-baru ini sebuah syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air telah melancarkan tiga buah pesawat Airbus A330-300 yang dihiasi khas dengan corak dan lukisan bertemakan Hello Kitty. Ianya bertujuan untuk memperkasakan dan meningkatkan lagi industri pelancongan negara pulau yang kian merosot. Pesawat tersebut akan beroperasi di beberapa lokasi bandar utama Asia Timur dan Barat Pasifik iaitu di Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Guam.


Selain badan luarannya dihiaskan dengan tema Hello Kitty. Menu hidangan on-board, sudu garfu dan pelapik kepala kerusi penumpang juga bertemakan Hello Kitty. Malahan kaunter pembelian tiket di lapangan terbang juga turut dihiaskan mengikut tema yang sama. Cuma yang bukan bertemakan Hello Kitty tu amoi pramugarinya sajer. 











Sumber : Dailymail

Tuesday, May 1, 2012

Sega Toylet, Gajet Permainan Video Paling Merepek Di Dunia! - WTF!



Syarikat pembangun permainan video terkemuka dunia, SEGA telah membuat kejutan pada awal tahun lalu apabila memperkenalkan "Toylet" iaitu sebuah gajet permainan video unik yang merupakan separuh video game dan separuh tandas. Alat permainan video kontrapsi yang dilekatkan di atas mangkuk urinal ini hanya dikhaskan untuk kegunaan kaum lelaki sahaja dan menggunakan projeksi cecair kencing sebagai mekanisma kawalan pergerakan permainan.


Gajet ini hanya dikhaskan untuk beroperasi pada mangkuk jamban jenis berdiri sahaja seperti yang terdapat di premis-premis membeli belah, restoran, institusi pendidikan dan juga bangunan awam mahupun dan bukannya jenis mangkuk jamban duduk. Sejenis sensor khas yang dipasang pada urinal mampu mengukur isipadu dan tekanan aliran air kencing air yang mengalir ke dalam lubang urinal tersebut. Antara permainan video yang terdapat pada gajet ini ialah "mengisi secawan kopi", "menyemburkan susu melalui lubang hidung" dan "menghembus angin untuk menyelak skirt awek".







Sumber : wired.com

Shacklesmith : Buat masa ni gajet unik buatan SEGA kini hanya terdapat di Jepun sahaja. So chances untuk kita boleh jumpanya di tandas awam KLCC dan Pavillion mungkin sipi-sipi sajer itupun kalau pengusaha premis berminat.

Biar Betul Dowh! - This Is So Damn Right!

Kadangkala apabila korang kalah bermain sesuatu computer game adakah sepatutnya korang menyalahkan kemahiran diri korang sendiri atas kegagalan menyelesaikan level computer game tersebut?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?