Cool Link's Mesti Clicks!

Tuesday, May 15, 2012

Nice Gadget Beb! - 'Real' Punya Star Wars Lightsaber

Yeap, Wicked Laser iaitu sebuah syarikat pengeluar peranti berasaskan laser kini telah menghasilkan 'lightsaber' sebenar tanpa memperoleh sebarang patent daripada Lucas Art. Walaupun rekabentuknya hampir cuma apa yang membezakannya dengan produk sebenar adalah penggunanya dikehendaki memakai shades hitam untuk mengendalikan peranti kerana biasan lasernya amatlah merbahaya untuk pandangan mata. Begitu juga peranti ini dicipta bukanlah bertujuan untuk para pengguna meniru lagak pahlawan Jedi (actually aku pun tak tau apa motif sebenar penciptaannya, maybe untuk lectures kot?). Oleh itu janganlah gatal-gatal hendak bermain fencing guna pedang ini okay.


LOL Dowh! - 10 Cara Paling Awesome Untuk Perdajalkan Orang


Aku yakin ramai di antara korang  especially budak-budak student (mostly lelaki lah) suka dok perdajalkan orang dalam internet. Dalam bahasa mudah kita gelar 'troll' lah, mesti korang rasa seronok kan bila someone terasa butthurt gila bagai nak mampus akibat kesialan korang men-troll-kan depa. Macam biasalah beb, berani buat berani tanggung. Setakat dalam internet tu baling batu sembunyi tangan jelah. Ibarat "Hit and Run!". Kali ni aku tunjukkan 10 cara paling awesome dan haramjadah untuk perdajalkan orang in real life. 

Haha, tak mainlah troll dalam tenet beb. Anyway selamat mencuba!

Monday, May 14, 2012

Foto Panas Nora Danish Dalam Majalah Glam! - MILF Siot!

Walaupun foto-foto panas janda paling comel Malaya ni sudah lama berlegar dalam internet sejak awal bulan ni, masih belum terlambat bagi aku untuk memperkatakan mengenainya. Cuba korang bayangkan sendiri, belum sampai seminggu foto-foto sepanjang beliau mengerjakan umrah di Makkah lewat April lalu beredar di dalam ruang maya sekali pulak tersebar foto-foto posing maut beliau menerusi majalah mainstream lagi!. Itulah beb pergi umrah dapat pahala tapi bila balik tak pasal-pasal semua burn begitu sajer gara-gara fotoshoot nie.  Agaknya sebelum menerima tawaran shooting oleh Glam dia ada terpikir ke tak kesannya pada umum?. Apatah lagi beliau selepas tu pula mengerjakan umrah di Tanah Suci.


Patutkah beliau untuk berposing dalam keadaan yang sungguh menggoda walaupun di dalam majalah wanita?. Aku tak nafikan beliau memang seorang janda meletup dambaan jejaka tetapi dalam pada yang sama beliau seharusnya menjaga kehormatan sebagai seorang ibu tunggal. Barangkali kemungkinan besar beliau melakukan semua ini semata-mata hendak melepaskan geram pada lelaki yang pernah beliau sayang suatu ketika dahulu. Yelah, orang perempuan kan susah nak melupakan bekas kekasihnya. Tambahan pulak, bekas suaminya Jejai baru-baru awal bulan ni berkahwin dengan Fasha Sandha. Jadi apa lagi beb, IT's PAYBACK TIME HONEY!!!









Saturday, May 12, 2012

10 Perkara Luar Biasa Yang Berlaku Setiap Saat Tanpa Kita Sedari

Tanpa kita sedari, banyak perkara yang berlaku di luar dugaan kita tanpa disedari langsung. Kita tidak langsung mengetahui berapa ramaikah penumpang lif yang kentut sepanjang pendakian dalam lif-lif di serata dunia begitu jugak berapa ramai orang mengorek hidung pada waktu yang sama dengan anda juga mengorek hidung sendiri. Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa perkara-perkara biasa yang sering kita lakukan terdapat cerita disebaliknya. Mungkin ramai tak ambik kisah sekiranya paip rumah anda bocor sehingga air menitik hampir sejuta kali namun cuba anda bayangkan betapa kerugian yang ditanggung akibat kelalaian itu contohnya bil melambung?. Bak kata Nabil "lu pikirlah sendiri"..

Tuesday, May 8, 2012

18 Perisa Kit-Kat Paling Mengarut. Only In Japan Dowh!

Aku tak dapat bayangkan bagaimanalah rasa coklat Kit-Kat apabila dicampurkan dengan bahan-bahan ini. Korang dapat bayangkan?. Pelik-pelik betul orang Jepun nih beb. Inilah Kit-Kat paling senggama minda pernah aku tengok.

some text

Sumber : 9GAG.com

Kreatif Dowh! - Runtuhan Rumah Kurun Ke-19 Diubahsuai Menjadi Sebuah Studio Muzik Moden

Selalunya di dalam pemikiran masyarakat kita, apabila disebut ajer perkataan seperti 'rumah lama' ataupun 'runtuhan'-nya ajer pasti sajer akan terlintas perkataan 'hantu', 'keras' dan berpenunggu sebagainya. Oleh disebabkan persepsi begitulah maka kita seringkali melihat rumah-rumah lama dibiarkan begitu saja sehingga ditelan semak dan hutan belantara. Contoh terbaik boleh kita tengok sendiri apa yang sudah jadi pada rumah banglo usang era British lokasi penggambaran filem Mistik (2003). Sudah hampir 10 tahun berlalu, aku pun tak pasti nasib rumah tu sekarang. Mungkin dah dibaiki semula kot.


Lain pula di Suffolk, England. Sebuah runtuhan pondok merpati binaan era pemerintahan Ratu Victoria menjadi studio rakaman. Sekolah muzik Aldeburgh, iaitu studio serba canggih rekaan Haworth Tompkins ini memyediakan ruang persendirian kepada para penggiat seni muzik berlatih atau merakamkan lagu mereka dalam suasana yang cukup tenang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini (kecuali hantu).




Sumber : INHABITAT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Ke Mana Tu?

Mana Nak Pergi Hah?